17 Disember 2012

Sahabat





Assalamualaikum,


                     Hey guys, bertemu lagi, hari update blog, simple2 aje, tak adalah banyak sangat. Entry kali ini, mudah aje, tengoklah dekat atas tajuk dia apa. heheehe. Dari dulu aku memang nak ada ramai kawan tapi kawan yang aku berkawan semuanya nak ambil kesempatan, tapi aku bersabar dari segi takdir yang diberi. Kenapa aku tak boleh berkwan dengan orang yang nak.? aku tak salahkan takdir cuma aku harap suatu hari nanti aku dapat kawan yang aku impikan akan hadir. Tapi tak semua kita impikan itu menjadi kenyataan bukan. Tak mudah melainkan dengan usaha. :) Sekarang aku sudah hampir ke alam dewasa pasti banyak cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang hidup.
                     SAHABAT. Pasti ramai yang impikan kawan sejati datang dalam diri bukan. aku pun keinginan macam itu, tapi kita tak boleh mengharap tentang apa yang kita impikan. Semua orang ada keinginan masing-masing perlu lalui dengan penuh cabaran dan semangat. Aku yakin dengan usaha InsyaAllah kita semua dapat apa yang kita nak. Sahabat adalah teman atau kawan kita yang selalu ada dengan kita walau susah senang pasti bersama. Aku sebagai kawan pasti ingin kawan yang aku berkawan itu yang baik untuk aku. Lain orang lain cara bukan. :) Kawan yang kita miliki sudah memadai, tetapi mesti ada perasaan lain yang timbul, ada sesetengah memikirkan cinta, ada sesetengah juga mencari cita. Beza sama sekali.
                      Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Kawan biar beribu. Pasti kita semua boleh berkwan dengan siapa saje bukan tanpa niat lain. Berkawan mestilah ikhlas nak berkawan dengan orang yang ingin berkawan dengan kita tak salah nak tolong tetapi berpada-pada jangan sampai nanti kawan itu ambil kesempatan ke atas kita. Nanti diri dia betul kita pula yang disalahkan. Pernah terjadi pada diri aku. Perkara ini memang tak pernah jadi, tapi aku tempuh dengan sabar. Pernah kesal dengan kawan yang aku kawan itu tapi makin lama aku berkwan biasa dengannya. Semangat punya semangat aku tak kesah dengan semua itu. Biarlah orang tak nak berkawan dengan aku dan aku yakin aku dapat kawan yang lebih baik darinya.
                      Orang kata kalau ikatan persahabatan itu bertukar menjadi cinta bukan. Aku setuju dengan itu, kerana cinta dan sahabat mampu dipupuk dalam ikatan persahabatan. Mula-mula kita kenla dia dalm perhubungan sebagai kawan lepas dah kenal hati budi masing-masing bertukar menjadi cinta dengan ikatan pertunangan. Alahai, indahnya kalau ini berlaku. Tapi itu semua takdir, takdir itu yang menentukan kita.
                      Akhir kata, setiap apa yang kita impikan atau angankan, kita perlu berusaha untuk dapatkannya. Kata orang usaha tangga kejayaan. Dalam mimpi kita boleh buat apa saje tapi dalam realiti hidup kita tak boleh buat mcm mana mimpi kita yang kita impikan. Terima kasih kerana sudi membaca entry kali ini. Selamat malam :) Dhiya Kamar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setia Sahabat by Dhiya Kamar

            P ada mala m itu, sua sana yang agak ceria membuatkan dua beranak ini gelak ket awa yang gembira . Pe lbagai cerita yan...