27 Disember 2012

Come to KL and Happy New Year 2013






Assalamualaikum....
  

           Kuala Lumpur, apa nak buat bila dah ada dekat KL, dah lah tak ada kawan nak ajak jejalan KL. Hahahaha. Sebenarnya aku banyak tujuan nak pergi KL, tapi rahsia. hehe :) cuti sekolah ini memang nasib budak SPM tahun depan 2013, ada homework untuk persiapan tahun depan. Sebagai pelajar, memang kena patuh dengan arahan guru. Kerja memang tak banyak tapi yang payahnya nak buat sebab cuti ini orang berjalan-jalan bawa keluarga melancong. Aku aje lah duduk rumah menghadap buku sekolah. hehe :) tak apa aku tak kisah janji lepas habis SPM nanti merayaplah engkau. hehehe :) ramai plan habis periksa cari kerja. Memang itu kena buat nak tambah duit belanja. hehehe :) 

           Dah bertahun-tahun aku duduk KL, bila tiba cuti sekolah, mesti pergi KL, kalau tak pun pergi melancong ke tempat yang tak pernah pergi akan pergi. hahahah :)  tempat yang sama juga aku pergi bila datang KL, The Curve Damansara, Sepang, KLIA, dan macam-macam lagi. Tapi tak apalah mungkin tak ada rezeki nak ke tempat yang diinginkan. Tahun ini memang banyak kenangan yang aku tak boleh lupakan. Terutama sekali, aku dapat pindah ke sekolah baru, tak ada dah orang nak balas dendam terhadap aku. Kisah lama tak perlu dikenangkan lagi. Hampir pupus dalam ingatan aku tentang kisah lama. Aku harap aku yang aku impikan, aku usahakan Insyaallah aku tercapai. Nasib seorang budak berkulit gelap memang dipandang rendah, tapi kena fikir orang macam itu ada perasaan. Aku redha dengan apa yang terjadi pada diri aku. hehehe :) bila dah dtg KL semua benda nak beli apa yang sebelum ini tak dapat. hehehe :) insyaallah tercapai nanti. :)

           Tahun baru sudah hampir tiba, mesti ramai yang ada azam baru untuk nak dicapai tak pun ada azam yang belum dicapai tahun ini, tahun depan digantikan mungkin. Azam aku tahun depan sama je sebelum ini, tapi tambah satu lagi harap dapat buat SPM dengan baik dan selamat dan juga memperoleh keputusan yang cemerlang. Lepas ini, jarang lah nak online mcm tahun ini juga sibuk dengan study so, kena buat bersungguh-sungguh sebab pertama dan terakhir dalam seumur hidup, kalau keputusan aku ok, dapat apa yang aku nak. Insyaallah, tertunai hajat aku nak masuk Universiti. heheheh :) Insyaallah. Amin. 

             Sebut nama Amin ini, teringat dekat abang, aku apalah nasib abg aku dekat Langkawi. Gemok ke kurus ke ? hahahaha :D 
bulan 3 ini balik lah dia. Tak sabar-sabar nak tengok muka abang aku yang baru gelap ke putih. hehhehehe :) tak apa insyaallah lepaslah sorang dapat kerja. hehehehe :) Lepas ini aku pula. hahaaha Insyaallah. Amin. Ok, lah. bersua lagi. byebyebye :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setia Sahabat by Dhiya Kamar

            P ada mala m itu, sua sana yang agak ceria membuatkan dua beranak ini gelak ket awa yang gembira . Pe lbagai cerita yan...