2 Februari 2013

Setia Sahabat by Dhiya Kamar








            Pada malam itu, suasana yang agak ceria membuatkan dua beranak ini gelak ketawa yang gembira. Pelbagai cerita yang diluahkan dua beranak ini, ada yang melucukan dan ada juga yang menyedihkan. Gelak ketawa mereka didengari oleh Encik Izlan terus saja mencari-cari gelak ketawa itu. Melihatnya ibu dan anak yang masih tidak lagi berhenti gelak ketawa sampaikan Puan Saleha tidak menyedari kehadiran suaminya. 
   'Amboi, gelak sakan nampak, sampai ayah pun ibu tak nampak?' sapa Encik Izlan sambil memegang secawan kopi dan diletakkan di ruang meja bulat yang berhampiran dengan kolam ikan. 
   'Alah, biasalah ayah, ibu selalu macam itu' jawab Amar dengan nada yang mengusik ibunya.
   Terus saja Puan Saleha mencubit paha anaknya sambil memandang suaminya itu.
   'Esok ayah ada meeting, ibu nak ikut ayah tak?'
   'Habis macam mana dengan ashu, siapa nak hantar dia pergi asrama?'
   'Alah, ibu biar Am je yang hantarkan, pasal ashu ibu tak payah risau' Am mencelah.
   'Ibu bukan apa, ibu risau dengan ashu itu je.
   'Ibu,, ayah percaya dengan anak-anak ayah, Am nak hantarkan. Kita tengok macam mana Am uruskan ashu itu. Ok' Encik Izlan merasakan isterinya risaukan keadaan anak bongsu mereka yang akan melangkah masuk ke sekolah berasrama penuh pada tahun ini. Suasana pada masa itu sepi seketika, terus saja kedengaran ashu memanggil ibunya
    'Ibu,' panggil ashu. Sudah tiga kali anak bongsu Puan Saleha dan Encik Izlan ini memanggil.
    'Iya, ibu dekat sini.'    
    'Hah, ibu ini ada panggilan dari ibu.'
    'Siapa?' 
    'Tak tahulah, tapi yang bercakap itu perempuan.'
 Puan Saleha mengerut dahi, sudah tentu Puan Saleha tidak mengenali. Ashu terus saja menuju ke arah ayah dan abangnya. Tiga beranak itu juga keliru. Panggilan itu terus disapa oleh Puan Saleha yang agak tertanya-tanya

   
                                          bersambung.......


             

26 Januari 2013

Setia Sahabat by Dhiya Kamar







     Pagi itu, Dhiya dikejutkan dengan panggilan Handphone dari seseorang. Pada mulanya, Dhiya teragak-agak tapi mungkin itu panggilan penting baginya, terus dia mengangkat tanpa berfikir apa-apa. Melihat nombor yang dia tidak dikenali pantas saja dia mengangkat. Setelah itu, dia terdengar suara yang mungkin pernah dia dengar. Sangkaannya, mungkin Razlan. Suaranya agak garau seperti suara lelaki yang tegas. Panggilan itu mula membuatkan dia berasa tak keruan dan serba salah dia ingin matikan panggilan itu. Keterangan panggilan itu terus dia sudah yakin dengan siapa dia bercakap.
   'Lah, engkau rupanya, aku ingat siapa tadi' hati mula rasa lega. Amir. Ya, pasti orangnya yang suka bergurau dengan Dhiya. Sampaikan tak mengenali suaranya di dalam Handphone. 
   'Ada apa kau call aku ini, penting sangat ke?' 
   'Hahaha, tak adalah penting sangat cuma nak bertanyakan khabar saja. Hai tak boleh ke aku call kau, dan sejak bila pula tanya aku penting sangat ini'.
   'Alah kau ini, aku sihat je, boleh je, kau pakai nombor baru ke?' 
   'Ha'ah,' 
   'Aku tak cam nombor kau, sorry ya hehe'.
   'Ehm, aku dah agak dah, lain betul suara kau bila bercakap dengan orang lain'.
   'Mestilah, tiba-tiba je, buat takutkan aku je, suara kau tu aku tak cam, dari lagak kau bercakap memang aku dah agak kau lah,' 
   'Hahaha, eh, macam mana kau dengan dia sekarang?' tiba-tiba Amir tukar topik dan suaranya mula seperti dulu yang agak lembut.
   'Hah, siapa-siapa apa ini?'
   'Lah, tak ingatlah itu, kau dengan Amar Izhar lah?'
   'Ehm, apalah kau ini, aku dengan dia kan kawan, kau sendiri tahu kan kita orang ini macam mana. Kenapa nak tanya lebih sangat?'
   'Taklah, semakin serious aku tengok, dah lama betul tak berjumpa dengan Am itu, sihat ke dia?'
   Setelah itu Dhiya terdengar suara Scha yang memanggilnya. Terus saja dia menjawab pertanyaan Amir itu.
    'Hah, dia sihat, ok je macam biasa. Eh, nanti kita borak lagi, ok bye'
    'Haha, ok, bye' 
     Scha terus menuju ke bilik Dhiya, melihat dari wajahnya seakan-akan ada sesuatu yang hendak diberitahu kepada Dhiya. Scha masih dalam kebingungan macam mana dia ingat memberitahu pekara ini kepada Dhiya. 


                                                   bersambung.......

25 Januari 2013

Setia Sahabat by Dhiya Kamar





      Pengenalan Amar Izhar dengan Adhiya sangat singkat, dan banyak menimbulkan perasaan yang tak diingini. Perasaan itu mula timbul setelah Amar merasakan dirinya dijaga. Pelbagai kisah menarik dan lucu setelah mengenali Adhiya. Setelah dari lamunan itu, Amar tersedar sendirinya dan kembali senyum apabila mengingati kisah dia dengan Adhiya. Sangat manis apabila dikenangkan. 'Apalah aku ini' bisiknya. Terus saja dia disergah oleh ibunya Puan Saleha. 'Hai, senyum seorang je ini, Amar buat apa? ibu tengok dari dalam rumah macam cakap seorang, lepas itu senyum. Cerita dekat ibu ada apa ini' tanya Puan Saleha dengan nada yang manja. 'tak ada apalah ibu, duduk sini saja nak dapat angin sejuk malam ini, sambil teringat Adhiya' jawab Amar dalam gembira. 'Ibu dah agak dari awal, biasalah Am, ibu tahu anak ibu ini sayang sangat dekat Adhiya itu'. 'Tapi Am dengan Dhiya kawan je tak ada lebih pun, ramai yang sangka yang kita orang ini bercinta' jelas Am.  

                                                       bersambung........



                                                                                      

21 Januari 2013

Tiga perkara kenapa aku kuat menangis.






     Tiga pekara orang tak tahu kenapa aku selalu nangis. :)

1. Aku tak dapat nak faham apa yang orang katakan. Jadi sesiapa yang menerangkan sesuatu kpda aku, aku lmbt nak faham. Kena terangkan secara perlahan. :)
2. Kalau aku duduk seorang2 aku akan ingat benda yang dah lama. Kalau aku tak happy, sikap pendiam aku tak hilang. So, apa2 masalah aku tak berani nak cerita dekat orang dan aku fikir aku mampu selesaikannya. 
3. Orang salahkan aku tanpa sebab, perkara ini terjadi tak kisah dengan sesiapa. :) biasalah semua orang ada kan. hehe kalau aku ini lain. :)

    

 

18 Januari 2013

SPM 2013






     Assalamualaikum. :)
  sejak masuk tahun baru, dah lama tak update blog, dan fb. Dekat fb aku jarang dah online atau bukak, melainkan benda itu penting, em, aku bukaklah. Kalau nak berchatting ke atau berborak ke? silalah ke twitter saya. Saya aktif dekat twitter je kalau ada apa2 dekat situ ok. Ini link twitter

     http://twitter.com/Dhiya_Kamar

    Sekarang sibuk dgn study, mklumlah nak fokus betul2 tahun ini, SPM. So, kena buat betul2, cehhh, hehe :D rindu nak online tapi demi masa depan tinggalkan dunia siber sebentar boleh katakan selama setahun. hahaha. Tapi online juga, seminggu sekali. Makin lama makin banyak aktiviti di sekolah, nak2 tahun ni periksa so kena pandai uruskan masa antara akviti sukan dan belajar. 

      ( seminit menaip teringat sesuatu yang mungkin menimbulkan rasa kerinduan. ) 

      Alhamdulilah, aku bersyukur bernafas di muka bumi Allah. Hari baru tahun baru aku perlu lalui dengan tabah. Dah tiga minggu aku bersekolah, tahun ni tahun terakhir aku bersekolah. Tak sabar nak habis sekolah, lepas itu mula rindu pula. Adui. Tahun baru ini mula ramai budak baru masuk sekolah. Dekat kelas aku seorang, macam aku dulu juga. Hehe. Macam itu juga. Bila dgr kekawan aku bercerita pasal aku, masa mula masuk ke sekolah semua gelak sakan. Ada yang kata aku selamba, tak kisah bagai semua. Haha. Biasa der tak mahulah aku control ayu, eeee please ok. :P aku memang macam ini, biasa2 relak. Ceh lah weh, :) siapa yang baca entry kali ini, memang rasa panjang, tapi itulah bila aku menaip ke menulis ke kan, memang panjang bila bercakap sikit je. Hehe. Ok, sampai jumpa ya. Sorry story tak berapa nak story, blog ini memang biasa je tak macam yang lain. kbye:)

27 Disember 2012

Come to KL and Happy New Year 2013






Assalamualaikum....
  

           Kuala Lumpur, apa nak buat bila dah ada dekat KL, dah lah tak ada kawan nak ajak jejalan KL. Hahahaha. Sebenarnya aku banyak tujuan nak pergi KL, tapi rahsia. hehe :) cuti sekolah ini memang nasib budak SPM tahun depan 2013, ada homework untuk persiapan tahun depan. Sebagai pelajar, memang kena patuh dengan arahan guru. Kerja memang tak banyak tapi yang payahnya nak buat sebab cuti ini orang berjalan-jalan bawa keluarga melancong. Aku aje lah duduk rumah menghadap buku sekolah. hehe :) tak apa aku tak kisah janji lepas habis SPM nanti merayaplah engkau. hehehe :) ramai plan habis periksa cari kerja. Memang itu kena buat nak tambah duit belanja. hehehe :) 

           Dah bertahun-tahun aku duduk KL, bila tiba cuti sekolah, mesti pergi KL, kalau tak pun pergi melancong ke tempat yang tak pernah pergi akan pergi. hahahah :)  tempat yang sama juga aku pergi bila datang KL, The Curve Damansara, Sepang, KLIA, dan macam-macam lagi. Tapi tak apalah mungkin tak ada rezeki nak ke tempat yang diinginkan. Tahun ini memang banyak kenangan yang aku tak boleh lupakan. Terutama sekali, aku dapat pindah ke sekolah baru, tak ada dah orang nak balas dendam terhadap aku. Kisah lama tak perlu dikenangkan lagi. Hampir pupus dalam ingatan aku tentang kisah lama. Aku harap aku yang aku impikan, aku usahakan Insyaallah aku tercapai. Nasib seorang budak berkulit gelap memang dipandang rendah, tapi kena fikir orang macam itu ada perasaan. Aku redha dengan apa yang terjadi pada diri aku. hehehe :) bila dah dtg KL semua benda nak beli apa yang sebelum ini tak dapat. hehehe :) insyaallah tercapai nanti. :)

           Tahun baru sudah hampir tiba, mesti ramai yang ada azam baru untuk nak dicapai tak pun ada azam yang belum dicapai tahun ini, tahun depan digantikan mungkin. Azam aku tahun depan sama je sebelum ini, tapi tambah satu lagi harap dapat buat SPM dengan baik dan selamat dan juga memperoleh keputusan yang cemerlang. Lepas ini, jarang lah nak online mcm tahun ini juga sibuk dengan study so, kena buat bersungguh-sungguh sebab pertama dan terakhir dalam seumur hidup, kalau keputusan aku ok, dapat apa yang aku nak. Insyaallah, tertunai hajat aku nak masuk Universiti. heheheh :) Insyaallah. Amin. 

             Sebut nama Amin ini, teringat dekat abang, aku apalah nasib abg aku dekat Langkawi. Gemok ke kurus ke ? hahahaha :D 
bulan 3 ini balik lah dia. Tak sabar-sabar nak tengok muka abang aku yang baru gelap ke putih. hehhehehe :) tak apa insyaallah lepaslah sorang dapat kerja. hehehehe :) Lepas ini aku pula. hahaaha Insyaallah. Amin. Ok, lah. bersua lagi. byebyebye :)

17 Disember 2012

Sahabat





Assalamualaikum,


                     Hey guys, bertemu lagi, hari update blog, simple2 aje, tak adalah banyak sangat. Entry kali ini, mudah aje, tengoklah dekat atas tajuk dia apa. heheehe. Dari dulu aku memang nak ada ramai kawan tapi kawan yang aku berkawan semuanya nak ambil kesempatan, tapi aku bersabar dari segi takdir yang diberi. Kenapa aku tak boleh berkwan dengan orang yang nak.? aku tak salahkan takdir cuma aku harap suatu hari nanti aku dapat kawan yang aku impikan akan hadir. Tapi tak semua kita impikan itu menjadi kenyataan bukan. Tak mudah melainkan dengan usaha. :) Sekarang aku sudah hampir ke alam dewasa pasti banyak cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang hidup.
                     SAHABAT. Pasti ramai yang impikan kawan sejati datang dalam diri bukan. aku pun keinginan macam itu, tapi kita tak boleh mengharap tentang apa yang kita impikan. Semua orang ada keinginan masing-masing perlu lalui dengan penuh cabaran dan semangat. Aku yakin dengan usaha InsyaAllah kita semua dapat apa yang kita nak. Sahabat adalah teman atau kawan kita yang selalu ada dengan kita walau susah senang pasti bersama. Aku sebagai kawan pasti ingin kawan yang aku berkawan itu yang baik untuk aku. Lain orang lain cara bukan. :) Kawan yang kita miliki sudah memadai, tetapi mesti ada perasaan lain yang timbul, ada sesetengah memikirkan cinta, ada sesetengah juga mencari cita. Beza sama sekali.
                      Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Kawan biar beribu. Pasti kita semua boleh berkwan dengan siapa saje bukan tanpa niat lain. Berkawan mestilah ikhlas nak berkawan dengan orang yang ingin berkawan dengan kita tak salah nak tolong tetapi berpada-pada jangan sampai nanti kawan itu ambil kesempatan ke atas kita. Nanti diri dia betul kita pula yang disalahkan. Pernah terjadi pada diri aku. Perkara ini memang tak pernah jadi, tapi aku tempuh dengan sabar. Pernah kesal dengan kawan yang aku kawan itu tapi makin lama aku berkwan biasa dengannya. Semangat punya semangat aku tak kesah dengan semua itu. Biarlah orang tak nak berkawan dengan aku dan aku yakin aku dapat kawan yang lebih baik darinya.
                      Orang kata kalau ikatan persahabatan itu bertukar menjadi cinta bukan. Aku setuju dengan itu, kerana cinta dan sahabat mampu dipupuk dalam ikatan persahabatan. Mula-mula kita kenla dia dalm perhubungan sebagai kawan lepas dah kenal hati budi masing-masing bertukar menjadi cinta dengan ikatan pertunangan. Alahai, indahnya kalau ini berlaku. Tapi itu semua takdir, takdir itu yang menentukan kita.
                      Akhir kata, setiap apa yang kita impikan atau angankan, kita perlu berusaha untuk dapatkannya. Kata orang usaha tangga kejayaan. Dalam mimpi kita boleh buat apa saje tapi dalam realiti hidup kita tak boleh buat mcm mana mimpi kita yang kita impikan. Terima kasih kerana sudi membaca entry kali ini. Selamat malam :) Dhiya Kamar



16 Disember 2012

Salam Semua :)






  Assalamualaikum,
          
           Hey guys, Dhiya here, dah lama betul tak update blog ini, banyak nak story dkt sini, terlalu sibuk dengan study, inilah peluannya, tapi peluang nak hampir hujung tahun. Tahun depan aku dah tak boleh main-main, tahun akhir aku bersekolah. Haiiii, cepat betul masa berlalu, rasa baru from3 je, ehm, tapi tak apa lah, lepas ini aku boleh lah bebas hehe :).
           Oh ya, siapa yang baca blog ini, tolong follow blog ini erh, hehe :D aku punya follow tak ada lah ramai sangat, sikit aje, jadi nak lah bertambah hehe, :)
           Hari ini hari ahad, aku update dalam pukul 5.18 ptg, pada 16 hb12 2012, cuti sekolah ini, boleh lah online, sambil-sambil itu duduk berangan di ruang jendela. Asyiknya menghirup udara segar, ptg macam ini, biasanya orang pergi jalan-jalan, tapi aku duduk rumah tgk tv, menghadap laptop, itu aje lah kan tapi tak boleh relaks sangat exam tahun depan kena ready awal-awal. InsyaAllah aku cuba sebaik mungkin untuk masa depan aku, :).
           Ok, tukar topik, hehehe :). Semalam aku menghadap bola, maklumlah tengah mood bola katakan tahun ini, cerita pasal bola semalam, Man United lwn Sunderland, separuh masa pertama tgk cantik, corak permainan dia orang ok, dan dapatlah dua gol, lepas rehat 10 minit Sunderland pula sumbat gol, adui bagus jugak lah team dia orang ini, lepas itu aku tak sempat tgk dah mengantuk tahap gaban dah, tak tahu berapa semalam punya perlawanan.
           Apa-apa pun perlawanan malam semalam pasti ada ulangan, tak puas nak tgk, kadang-kadang tengok kadang-kadang tak tengok, hahahaha, :D. Ok, lah setakat ini je boleh update, InsyaAllah next time update cerita baru. nak layan kakibola di tv3 kbye :D

10 April 2012

Sesuatu yang hilang :)





     hai . hehe :))) dh lame tak update blog . lagypun aku pun tak banyak story nak story hehe . 
dah masuk bulan april sapa hari jadi die bulan 4 hehe . , :)) . . esk cuti satu hari je . . ok la . rmai ckp tak ckp bg aku ok la . . blh selesaikan homework yang tergendala tuh hehe . .ape daa . . haha . nak buat apa hah sekarang tak tahu nak buat ape . . mlm2 gini aku berangan hahah . . berangan smbil buat kerja sekolah hehe . . ape daa . . kalu buat kerja sekolah mesty aku kne ade buku nota setiap subjek . . ade satu hari tah la . hari ape . . buku nota sejarah tingkatan 4 aku tade puas aku cary ke merate tempat sampai bawah kerusi aku cari pun tade . . sampai malam pukul 12 aku memikirkan di mana aku letak . . . terpakse buat sejarah rujuk buku teks haha . . dengan jawapan yang salah memang tak confident buat latihan sejarah dengan betul . . keesokan hari aku gelabah cari balik nota sejarah tuh . . mak cakap maybe ade sapa2 pinjam kot . . tapi aku rase ye . . kadang2 tidak hehe . . awal berkumpul dkt himpunan aku tanye sume bdk kelas tade . . last2 aku tanye sorang girl ni hah . . bru smpai skolah pukul 7. 25 tgh cikgu bercakap kat depan . . . rupe-rupenye die amik  . aku beria la cari kat merate tempat rupenye die amik em . . amik tak kasithu ape daaa . . marah la . . hampir ak marah sume owg je . . adui . dengan selambe je girl tuh buat no no . je haha . . kalu nak pinjam beritahu la . nak pinjam ape daaa . . hahahahaha . . lepas tuh serik dah bg owg pinjam . . ye la nota tuh lengkap segalenye . . so die owg dapat jawapan aku tak buat tak payah la . . bg kat owg kalu kite tak yakin sapa dia ni mcm mne . . serik2 . . . mak cakap awak baik sgt bg kat owg pinjam last2 awak tak boleh buat sbb tade nota  tuh . . haha . lagi satu . . kenapa erk . rmai sgt suke tiru homework aku . . tahu la . . ayat aku ok tapi ade juga yang salah . . die owg tiru budak tak cerdik . . aku ni bukan cerdik pun die owg  tiru aku punye homework . . tak boleh ke buat sendiri . . aku teringat cikgu aku kat sekolah lama salah buat homework jgn salah dekat SPM em . memang btul pun . . ckp cikgu tuh . . aku tak siap ke aku buat ape yang berdsarkan soalan yang die kasi . . tape tapi aku sabar je . . tgk mase pekse koko1 rmai yg bawak buku masuk dlm meja tiru jawapan sume dpt keputusan ok . . tak silap aku aku dan beberapa bdk kls aku laen yg lulus tapi atas pagar yg lain B ke atas C tapi takde A pun hahaha . .mathematic ade 3 orang je tak silap aku yg lulus yang lain gagal haha . . termasuk aku aku math memang lemah nak pergy tuisyen ayah aku tak mampu em . . terpakse bljr kat umh sorg2 takde spe nak bantu aku . . tuh yg buat latihan ade salah ade betul . . tapi aku yakin mase SPM nanti aku boleh jawab dgn baik . . I want to achieve my ambition in one day . . :))) dengan doa dan harapan Insyaallah akan menjadi realiti . . :))) habis da . . story aku hehe . . kbye :)))) 



12 Mac 2012

Si DiA :)




                        Assalamualaikum . . .  ape mau bikin sekarang ??? bosaan tahap gaban dah nie
hahah . . ( ayt yg sme je aku ni ) hehe :) ok2 aku nk story mory ni kat spe yg bce blog ni k . hehe .
sebelum tuh nak tanye mcm mne erk kalu kite suke dkt  seseorang tuh tapi tak dapat nak luahkn prsaan 
ni dekat dia, sama ade dia tahu sendri . . em , rasenye susah kot . . aku rase la . . hehe dia dah jauh kite kan sini . . haha , tapi die tak tahu yg aku suke die sebgai kawan aku rse tak salah kot kalu kawan die . .
dia slalu post aktiviti die kat facebook . . tapi hanye boleh like je . . nak komen tapi malu hehe :) ( aku memang gini ) hahaha . . sekarang entah ape die buat sekarang aku pun tak tahu . . mengharapkan nak
jumpa die tah dapat ke tidak kan . . ( lamenye laaa . . gmbr profil aku nak upload ) em . . kalu ikut kan
aku memang nak ckp2 die kat fb tapi tgk die jrng on9 tak dpt la . . nak borak2 gan die aku jarang bukan facebook nie kalu bukan pun kawan2 aku yg suruh . . . aku jenis kalu on9 memang lame  tapi die post
aktiviti die dekat fb pun sudah cukup . . hehe :) slalu tkr gmbr profil hehe . . die sekarang dah ade
buah hati tapi bagi aku tak penting biar la . die dh ade ke tak ke tak kesah pun tapi aku harap sangat aku
dapat jumpe die sebgai kawan itu je . . ade setengah orang tuh die sampai harapkan lbh2 tapi aku bukan
macam tuh . . die orang pertame yg aku suke jrng2 ade feel dkt die hehe . . awek die comel tapi aku
rase die sombong maklum la . orang cantek . . tak jauh beza dgn aku pun . . die pun same tak jauh bezalah
dgn aku . . kirenye hmpir2 sme umur la . . dah la . . satu tmpt lahir hahaha . nak hmpir dkt la . . hehe tapi tak pernah jmpe pun :P haha . . sbb die jauh makwe  die stay sini . . kate slalu g kuantan tapi tak pernah nmpk pun . . cume die je jauh tah bile nty die lagy jauh . . . . .mase die dh ade buah hati serius aku ckp aku tak jeles pun mengharapkan nak jmpe die pun masih ade lagi . . ( jenis aku tak kesah ) mule2 knl die . . orang asyik sebut nme die je . . pikir2 mesty orang nye
hensem . . mase tuh pun nak sangat tgk muke die . . last2 aku search dkt google terkenal jgk la . die nih hehe aku suke2  hehe . . semoga awak bahagia dgn orang yang awk sayang saya sokong awak dari belakng sebgai kawan saya akan slalu ade di belakng awak . . ape yang awak buat saya sokong jangan lupe orang pahang kalu dok jauh bwk2 la . . ole2 mari sini hahaha . . gurau je kbye . . :)

  

24 Januari 2012

Hisssh-hisssh :)

        Salam..hey guys, lme dh tak bkk blog nie...ehe bzy skit masuk thun bru nie...entry kali nie
  cerita pasal aku lah hehe...aku skolah lagi mat kilau tunggu keputusan nk masuk skolah vokasional
  lambatlah hish...mak aku ckp tak dpt lah tuu...maybe kot aku cek kt on9 kpm meme sah2 aku tak
  dapat adui harapan aku berkecai dh konon2 masuk situ.....nti ade perubhn pde dri aku...aku mulalah
  berangan nk masuk skolah tu...akhirnye mcm mne mcm tu...lah adoi nacib2 em...skolah lah kt mat
  kilau tu...tapi tak dpt ape gak...cume bdk lme aje bosan gak skolah tu...owg yg sme aje kalu blh
  nak lari dri kuantan nak dok jauh dri kuantan alamaknye mcm tu lah....aku dh tak tahan dh kerenah
  owg yg tak suke aku nih....ape salah aku smpai owg tak suke aku..aku sedar aku spe tapi owg
  buat aku gnie tak tahan gak baek aku pindh skolah tapi kat mne...kadang2 kesian gak kt mak aku..
  dh lah sakit dengan suasane kt umh tu....kurang menyenangkan bg mak aku...aku pikir baek pindh
  ayh gan abg aku tuu...takpe die tak rase ape yg mak dan adek die nih rse dok dlm umh tu...bising
  aje kiri dan kanan tapi nk uat mcm mne kene sabar ajelaahh mungkin dugaan dari aku dan mak
  aku...dh lme bersbr bethun2 dok situ...tak pindah gak aku berazam slame thun 2012 nih dptlah
  aku berpindah...hehe enth bila tapi secepat yg mungkin lah...em...spnjng aku dok umh nih...
  aku asyik tgk tb aje haha...kalu dok asrama jrg2 nih ari2 hehe termasuk lah dgn laptop nih...
  hri2 bkk ape nak jadi lah ka nie nadiah...hehehhehe pastu kalu bosan tgk cerita alih tgk bola
  tgk ulangan liga super malaysia...haha takde kje aku haha...bce buku mlm 8 mlm start lah bce
  buku skolah tkut lupe hehe...cuti thun bru cine nih skolah aku cuti seminggu biasenye 3 hri
  kali nie sminggu haha...bestlah blh g round2 KL hehe....cri2 pasal hahaaa...ape 2 aje lah hehe
  hari nie enth lah nk buat ape....mak tidur kepenatan aku plk penat tgk laptop tambah lagi dgn
  lapar perut tak makan tghri mak tak masak...hehe....tapi skrng aku ade kt kuantan laa...mula2
  plan cuti skolah nih nak p KL tak jadi p je laah KL a.k.a Kuala Lipis Pahang aje lah tgk pak ngah
  kt sne tak sihat em...best dok kampung sejuk aje nk2 hujan uit sejuk hahaha....due hari tak lme
  ingt nk tnggal sklah sne ayh plk tak kasi skolah sne jauh skit dri umh pak ngah hehe...sje je tu,..
  tapi best lah blh cbe sgle ape kt sne.....masuk tingkatan 4 aku buat hal aku sndri tahun dpn SPM
  uh dahsyat tak sngke skjp mase berlalu hehe mak ckp from4 nih lah kne study hard thun dpn
  blh rest lah skit bkn bnyk...haha....target tgk dulu lah sbb kertas2 pekse kali nie bnyk esei
  uh bnyk kne ingt lah terutama skali sejarah dan geografi..em...kne cbe dulu mlm2 bce mase
  tidur ingt lah hehe..tu cre aku kalu cre korang aku tak thu laa...pastuu amik maklumat pntng
  kat mne2 ke tampal kat dinding hari2 kte tgk insyaallah kite akan ingt hehe...okey lah nty kite
   story lagi perut dh lapar nak masak nih hahaha....kbye..:)

Setia Sahabat by Dhiya Kamar

            P ada mala m itu, sua sana yang agak ceria membuatkan dua beranak ini gelak ket awa yang gembira . Pe lbagai cerita yan...