2 Februari 2013

Setia Sahabat by Dhiya Kamar








            Pada malam itu, suasana yang agak ceria membuatkan dua beranak ini gelak ketawa yang gembira. Pelbagai cerita yang diluahkan dua beranak ini, ada yang melucukan dan ada juga yang menyedihkan. Gelak ketawa mereka didengari oleh Encik Izlan terus saja mencari-cari gelak ketawa itu. Melihatnya ibu dan anak yang masih tidak lagi berhenti gelak ketawa sampaikan Puan Saleha tidak menyedari kehadiran suaminya. 
   'Amboi, gelak sakan nampak, sampai ayah pun ibu tak nampak?' sapa Encik Izlan sambil memegang secawan kopi dan diletakkan di ruang meja bulat yang berhampiran dengan kolam ikan. 
   'Alah, biasalah ayah, ibu selalu macam itu' jawab Amar dengan nada yang mengusik ibunya.
   Terus saja Puan Saleha mencubit paha anaknya sambil memandang suaminya itu.
   'Esok ayah ada meeting, ibu nak ikut ayah tak?'
   'Habis macam mana dengan ashu, siapa nak hantar dia pergi asrama?'
   'Alah, ibu biar Am je yang hantarkan, pasal ashu ibu tak payah risau' Am mencelah.
   'Ibu bukan apa, ibu risau dengan ashu itu je.
   'Ibu,, ayah percaya dengan anak-anak ayah, Am nak hantarkan. Kita tengok macam mana Am uruskan ashu itu. Ok' Encik Izlan merasakan isterinya risaukan keadaan anak bongsu mereka yang akan melangkah masuk ke sekolah berasrama penuh pada tahun ini. Suasana pada masa itu sepi seketika, terus saja kedengaran ashu memanggil ibunya
    'Ibu,' panggil ashu. Sudah tiga kali anak bongsu Puan Saleha dan Encik Izlan ini memanggil.
    'Iya, ibu dekat sini.'    
    'Hah, ibu ini ada panggilan dari ibu.'
    'Siapa?' 
    'Tak tahulah, tapi yang bercakap itu perempuan.'
 Puan Saleha mengerut dahi, sudah tentu Puan Saleha tidak mengenali. Ashu terus saja menuju ke arah ayah dan abangnya. Tiga beranak itu juga keliru. Panggilan itu terus disapa oleh Puan Saleha yang agak tertanya-tanya

   
                                          bersambung.......


             

Setia Sahabat by Dhiya Kamar

            P ada mala m itu, sua sana yang agak ceria membuatkan dua beranak ini gelak ket awa yang gembira . Pe lbagai cerita yan...