26 Januari 2013

Setia Sahabat by Dhiya Kamar







     Pagi itu, Dhiya dikejutkan dengan panggilan Handphone dari seseorang. Pada mulanya, Dhiya teragak-agak tapi mungkin itu panggilan penting baginya, terus dia mengangkat tanpa berfikir apa-apa. Melihat nombor yang dia tidak dikenali pantas saja dia mengangkat. Setelah itu, dia terdengar suara yang mungkin pernah dia dengar. Sangkaannya, mungkin Razlan. Suaranya agak garau seperti suara lelaki yang tegas. Panggilan itu mula membuatkan dia berasa tak keruan dan serba salah dia ingin matikan panggilan itu. Keterangan panggilan itu terus dia sudah yakin dengan siapa dia bercakap.
   'Lah, engkau rupanya, aku ingat siapa tadi' hati mula rasa lega. Amir. Ya, pasti orangnya yang suka bergurau dengan Dhiya. Sampaikan tak mengenali suaranya di dalam Handphone. 
   'Ada apa kau call aku ini, penting sangat ke?' 
   'Hahaha, tak adalah penting sangat cuma nak bertanyakan khabar saja. Hai tak boleh ke aku call kau, dan sejak bila pula tanya aku penting sangat ini'.
   'Alah kau ini, aku sihat je, boleh je, kau pakai nombor baru ke?' 
   'Ha'ah,' 
   'Aku tak cam nombor kau, sorry ya hehe'.
   'Ehm, aku dah agak dah, lain betul suara kau bila bercakap dengan orang lain'.
   'Mestilah, tiba-tiba je, buat takutkan aku je, suara kau tu aku tak cam, dari lagak kau bercakap memang aku dah agak kau lah,' 
   'Hahaha, eh, macam mana kau dengan dia sekarang?' tiba-tiba Amir tukar topik dan suaranya mula seperti dulu yang agak lembut.
   'Hah, siapa-siapa apa ini?'
   'Lah, tak ingatlah itu, kau dengan Amar Izhar lah?'
   'Ehm, apalah kau ini, aku dengan dia kan kawan, kau sendiri tahu kan kita orang ini macam mana. Kenapa nak tanya lebih sangat?'
   'Taklah, semakin serious aku tengok, dah lama betul tak berjumpa dengan Am itu, sihat ke dia?'
   Setelah itu Dhiya terdengar suara Scha yang memanggilnya. Terus saja dia menjawab pertanyaan Amir itu.
    'Hah, dia sihat, ok je macam biasa. Eh, nanti kita borak lagi, ok bye'
    'Haha, ok, bye' 
     Scha terus menuju ke bilik Dhiya, melihat dari wajahnya seakan-akan ada sesuatu yang hendak diberitahu kepada Dhiya. Scha masih dalam kebingungan macam mana dia ingat memberitahu pekara ini kepada Dhiya. 


                                                   bersambung.......

25 Januari 2013

Setia Sahabat by Dhiya Kamar





      Pengenalan Amar Izhar dengan Adhiya sangat singkat, dan banyak menimbulkan perasaan yang tak diingini. Perasaan itu mula timbul setelah Amar merasakan dirinya dijaga. Pelbagai kisah menarik dan lucu setelah mengenali Adhiya. Setelah dari lamunan itu, Amar tersedar sendirinya dan kembali senyum apabila mengingati kisah dia dengan Adhiya. Sangat manis apabila dikenangkan. 'Apalah aku ini' bisiknya. Terus saja dia disergah oleh ibunya Puan Saleha. 'Hai, senyum seorang je ini, Amar buat apa? ibu tengok dari dalam rumah macam cakap seorang, lepas itu senyum. Cerita dekat ibu ada apa ini' tanya Puan Saleha dengan nada yang manja. 'tak ada apalah ibu, duduk sini saja nak dapat angin sejuk malam ini, sambil teringat Adhiya' jawab Amar dalam gembira. 'Ibu dah agak dari awal, biasalah Am, ibu tahu anak ibu ini sayang sangat dekat Adhiya itu'. 'Tapi Am dengan Dhiya kawan je tak ada lebih pun, ramai yang sangka yang kita orang ini bercinta' jelas Am.  

                                                       bersambung........



                                                                                      

21 Januari 2013

Tiga perkara kenapa aku kuat menangis.






     Tiga pekara orang tak tahu kenapa aku selalu nangis. :)

1. Aku tak dapat nak faham apa yang orang katakan. Jadi sesiapa yang menerangkan sesuatu kpda aku, aku lmbt nak faham. Kena terangkan secara perlahan. :)
2. Kalau aku duduk seorang2 aku akan ingat benda yang dah lama. Kalau aku tak happy, sikap pendiam aku tak hilang. So, apa2 masalah aku tak berani nak cerita dekat orang dan aku fikir aku mampu selesaikannya. 
3. Orang salahkan aku tanpa sebab, perkara ini terjadi tak kisah dengan sesiapa. :) biasalah semua orang ada kan. hehe kalau aku ini lain. :)

    

 

18 Januari 2013

SPM 2013






     Assalamualaikum. :)
  sejak masuk tahun baru, dah lama tak update blog, dan fb. Dekat fb aku jarang dah online atau bukak, melainkan benda itu penting, em, aku bukaklah. Kalau nak berchatting ke atau berborak ke? silalah ke twitter saya. Saya aktif dekat twitter je kalau ada apa2 dekat situ ok. Ini link twitter

     http://twitter.com/Dhiya_Kamar

    Sekarang sibuk dgn study, mklumlah nak fokus betul2 tahun ini, SPM. So, kena buat betul2, cehhh, hehe :D rindu nak online tapi demi masa depan tinggalkan dunia siber sebentar boleh katakan selama setahun. hahaha. Tapi online juga, seminggu sekali. Makin lama makin banyak aktiviti di sekolah, nak2 tahun ni periksa so kena pandai uruskan masa antara akviti sukan dan belajar. 

      ( seminit menaip teringat sesuatu yang mungkin menimbulkan rasa kerinduan. ) 

      Alhamdulilah, aku bersyukur bernafas di muka bumi Allah. Hari baru tahun baru aku perlu lalui dengan tabah. Dah tiga minggu aku bersekolah, tahun ni tahun terakhir aku bersekolah. Tak sabar nak habis sekolah, lepas itu mula rindu pula. Adui. Tahun baru ini mula ramai budak baru masuk sekolah. Dekat kelas aku seorang, macam aku dulu juga. Hehe. Macam itu juga. Bila dgr kekawan aku bercerita pasal aku, masa mula masuk ke sekolah semua gelak sakan. Ada yang kata aku selamba, tak kisah bagai semua. Haha. Biasa der tak mahulah aku control ayu, eeee please ok. :P aku memang macam ini, biasa2 relak. Ceh lah weh, :) siapa yang baca entry kali ini, memang rasa panjang, tapi itulah bila aku menaip ke menulis ke kan, memang panjang bila bercakap sikit je. Hehe. Ok, sampai jumpa ya. Sorry story tak berapa nak story, blog ini memang biasa je tak macam yang lain. kbye:)

Setia Sahabat by Dhiya Kamar

            P ada mala m itu, sua sana yang agak ceria membuatkan dua beranak ini gelak ket awa yang gembira . Pe lbagai cerita yan...